Yesus Lahir
Buku ini menceritakan hal-hal yang berlaku pada waktu Yesus dilahirkan. Orang Yahudi percaya bahawa Tuhan akan mengutus “Mesias” ke dunia. Mesias itu akan menyelamatkan orang Yahudi daripada penindasan. Perkataan “Mesias” bererti “Dia yang dipilih oleh Tuhan,” atau “Dia yang diurapi.” Walaupun Yesus tidak kelihatan berasal daripada Tuhan, seperti yang diharapkan oleh semua orang, namun banyak orang percaya bahawa Dialah Mesias.…
Orang Pendek Bernama Zakheus
Yerikho dipanggil Kota Pokok Kurma. Tanahnya subur dan menghasilkan tanaman yang banyak kerana bekalan airnya cukup. Kota itu juga pusat pembayaran cukai dan lain-lain. Zakheus ialah pemungut cukai di kota itu. Dia menggunakan kedudukannya untuk menipu orang dan mendapat banyak sekali wang.
Pada masa itu, orang Yahudi tidak suka pemungut cukai. Ini kerana pemungut cukai bukan sahaja menipu orang sebangsanya…
Bartimeus Yang Buta
Bartimeus ialah orang buta. Dia tidak dapat bekerja, jadi dia terpaksa menjadi pengemis di jalan. Walaupun dia buta, tetapi dia dapat mendengar dengan baik. Apabila dia mendengar bunyi langkah ramai orang, dengan segera dia bertanya apa yang sedang berlaku. Apabila dia mendengar Yesus yang sedang lalu di situ, dia tahu dia harus merebut peluang yang baik ini. Dia berseru, “Yesus,…
Anak Perempuan Yairus Disembuh
Yairus ialah seorang ketua agama tempatan. Dia bukan sahaja menjaga Rumah Tuhan, dia juga mengurus kebaktian. Oleh itu dia berpangkat tinggi. Bagaimanapun, dia pergi mencari Yesus dengan rendah hati, serta bersujud di hadapan kaki Yesus dan meminta Dia menyembuhkan anaknya. Ini menunjukkan Yairus seorang yang ikhlas dan sangat yakin akan kuasa penyembuhan Yesus.
Dalam perjalanan pulang, Yairus mendengar berita sedih…
Orang Lumpuh Disembuh
Pada zaman Yesus, bumbung rumah di Palestin biasanya rata. Bumbung itu diperbuat daripada jubin atau batu-bata lumpur, yang dicampur dengan ranting-ranting pokok atau rumput. Di luar rumah ada tangga yang naik ke bumbung rumah.
Cerita ini memberitahu kita bahawa ada empat orang kawan yang cuba masuk ke sebuah rumah dan membawa seorang lelaki yang lumpuh kepada Yesus. Namun mereka tidak…
Yesus Meredakan Angin Kuat
Tasik Galilea juga dikenali sebagai “Tasik Tiberias” dan “Tasik Kineret”. Tasik ini kira-kira 200 meter di bawah paras laut dan dikelilingi oleh gunung-gunung. Apabila angin sejuk turun dari lembah-lembah gunung dan bertemu dengan angin panas di tasik, taufan timbul dan menyebabkan angin kuat dan ombak besar. Pada suatu petang, Yesus dan pengikut-pengikut-Nya menyeberang tasik dengan perahu. Tiba-tiba taufan datang. Pengikut-pengikut…
Yesus Disalib
Yesus mempunyai 12 orang kawan istimewa yangmenjadi pengikut-Nya. Mereka mengikuti Dia kemana sahaja Dia pergi untuk menyampaikan Berita Baik.Yesus menggunakan cara ini untuk mengajar dan melatihmereka supaya mereka boleh mengajar orang lain. Dalam kalangan 12 pengikut itu, ada seorang bernama Yudas.Dia tahu bahawa Imam Agung (1) sangat cemburu dengan kuasa Yesus. Oleh itu, Yudas yang tamak itu menerima 30 keping…
Yesus Hidup
Alkitab menyatakan bahawa Yesus selalumemberitahu para pengikut-Nya bahawa Diaakan mati lalu bangkit daripada kematian. Para pengikut Yesus tidak faham erti kata-kata-Nya.Mereka tidak dapat percaya hal itu benar-benar akan berlaku kepada Yesus.
Tiga hari selepas Yesus disalib, Dia hidup lagi seperti yang dikatakan-Nya. Hal ini benar-benar berlaku.
Imam Agung yang telah menyuruh pengawalpengawal untuk menjaga kubur Yesus, cuba membuktikan bahawa Yesus…
Anak Yang Sesat
Apabila Yesus mengajar, Dia selalu menggunakan cerita yang dipanggil ‘perumpamaan.’ “Anak Yang Sesat” merupakan salah satu daripadanya.
Perumpamaan ini mengajar kita bahawa jika kita betul-betul berasa kesal apabila kita berdosa, Tuhan akan mengampuni kita. Ini tidak mengambil
kira jenis dosa yang telah kita lakukan. Tuhan akan menerima kita seperti ayah dalam perumpamaan ini yang menyambut kepulangan anak lelakinya.
Dalam adat…
Rut Yang Setia
Kisah Rut menceritakan nenek moyang kepada raja Daud. Daud ialah raja yang kedua bagi bangsa Israel. Dia raja yang paling terkenal di Israel. Ini bermakna Rut juga orang yang sangat penting.
Walaupun Rut seorang yang penting dalam sejarah Israel, namun dia orang asing. Dia datang dari negeri Moab.
Rut meninggalkan negaranya sendiri dan tinggal di Israel. Dia berbuat begitu supaya…
Orang Samaria Yang Baik Hati
Cerita “Orang Samaria Yang Baik Hati” diceritakan oleh Yesus kepada beberapa orang pemimpin agama. Beberapa antara mereka itu munafik, kerana mereka berfikir mereka mengenal Tuhan tetapi mereka tidak mengikut ajaran-Nya. Mereka berpendapat Tuhan masih suka dengan mereka. Mereka tidak suka dengan orang Samaria. Cerita “Orang Samaria yang Baik Hati” memberitahu kita bahawa orang yang dikasihi Tuhan ialah orang yang menolong…
Paulus Mengalami Perubahan Ajaib
Selepas kebangkitan Yesus daripada kematian, para pengikut-Nya menjadi berani dan mengkhabarkan Berita Baik tentang penyelamatan Tuhan. Mereka memberitahu semua orang bahawa kebangkitan membuktikan bahawa Yesus ialah Penyelamat sebenar yang dihantar oleh Tuhan. Ramai pemimpin Yahudi marah dengan apa yang dikatakan oleh orang Kristian, serta cuba melarang mereka berkata-kata lagi. Namun, orang Kristian terus mengkhabarkan Berita Baik. Mereka membawa berita ini…
Yunus Ditelan Ikan
Alkitab mencatatkan peristiwa-peristiwa tentang beberapa nabi. Melalui nabi-nabi itu, firman Tuhan diberitakan kepada orang ramai. Yunus salah seorang nabi tersebut.
Pada suatu hari, Tuhan menyuruh Yunus pergi ke Niniwe, ibu kota empayar Asyur. Asyur ialah musuh besar bagi Israel. Namun Yunus tidak mahu pergi ke sana untuk memberitakan firman Tuhan, kerana dia percaya Tuhan tidak akan menjalankan hukuman-Nya untuk menghancurkan…
Naaman Disembuh
Alkitab mencatatkan beberapa kisah tentang para nabi. Mereka telah melakukan banyak mukjizat dan perkara yang luar biasa dengan kuasa Tuhan. Elisa adalah salah seorang daripada nabi tersebut.
Pada suatu ketika, seorang panglima tentera negeri Siria yang bernama Naaman, menderita penyakit kulit yang mengerikan. Maka dia pergi jumpa nabi Elisa. Namun Elisa menghantar hambanya untuk memberitahu Naaman supaya pergi mandi di…