Alkitab mencatatkan beberapa kisah tentang para nabi. Mereka telah melakukan banyak mukjizat dan perkara yang luar biasa dengan kuasa Tuhan. Elisa adalah salah seorang daripada nabi tersebut.

Pada suatu ketika, seorang panglima tentera negeri Siria yang bernama Naaman, menderita penyakit kulit yang mengerikan. Maka dia pergi jumpa nabi Elisa. Namun Elisa menghantar hambanya untuk memberitahu Naaman supaya pergi mandi di Sungai Yordan. Seterusnya Naaman meninggalkan tempat itu dengan marah kerana dia fikir nabi Elisa patut keluar dan berdoa untuknya. Kemudian, dia merendahkan diri dan mentaati arahan Elisa. Akhirnya dia sembuh.

Setelah mengalami penyembuhan yang luar biasa ini, panglima Naaman percaya kepada Tuhan. Tuhan mengasihi semua orang di dunia ini. Jika kita percaya kepada-Nya dan mentaati kata-kata-Nya, kita juga boleh diselamatkan.

MY CART
You have no items in your shopping cart.