Kisah Rut menceritakan nenek moyang kepada raja Daud. Daud ialah raja yang kedua bagi bangsa Israel. Dia raja yang paling terkenal di Israel. Ini bermakna Rut juga orang yang sangat penting.

Walaupun Rut seorang yang penting dalam sejarah Israel, namun dia orang asing. Dia datang dari negeri Moab.

Rut meninggalkan negaranya sendiri dan tinggal di Israel. Dia berbuat begitu supaya dia boleh menjaga ibu mertuanya, Naomi. Selepas itu, Boas membalas kebaikan Rut. Kemudian Boas dan Rut berkahwin, lalu mendapat seorang anak lelaki. Anak itu kemudian menjadi datuk Raja Daud.