Apabila Yesus mengajar, Dia selalu menggunakan cerita yang dipanggil ‘perumpamaan.’ “Anak Yang Sesat” merupakan salah satu daripadanya.

Perumpamaan ini mengajar kita bahawa jika kita betul-betul berasa kesal apabila kita berdosa, Tuhan akan mengampuni kita. Ini tidak mengambil
kira jenis dosa yang telah kita lakukan. Tuhan akan menerima kita seperti ayah dalam perumpamaan ini yang menyambut kepulangan anak lelakinya.

Dalam adat resam orang Yahudi, apabila seorang bapa menjadi tua, dia akan memberikan hartanya kepada anak-anak lelaki. Dalam cerita ini, anak yang bongsu meminta bahagian hartanya, maka ayahnya pun memberikan kepadanya.

Orang Yahudi ingat bahawa babi ialah binatang yang “kotor” (tidak suci dari segi agama). Ini bermaksud mereka tidak boleh makan daging babi. Sesiapa yang menternak atau memberi makanan kepada babi juga menjadi “kotor.”