Alkitab mencatatkan peristiwa-peristiwa tentang beberapa nabi. Melalui nabi-nabi itu, firman Tuhan diberitakan kepada orang ramai. Yunus salah seorang nabi tersebut.

Pada suatu hari, Tuhan menyuruh Yunus pergi ke Niniwe, ibu kota empayar Asyur. Asyur ialah musuh besar bagi Israel. Namun Yunus tidak mahu pergi ke sana untuk memberitakan firman Tuhan, kerana dia percaya Tuhan tidak akan menjalankan hukuman-Nya untuk menghancurkan kota itu.

Selepas beberapa kejadian yang menghairankan, Yunus mentaati Tuhan tetapi dengan berat hati. Dia juga marah ketika hukuman daripada Tuhan tidak terjadi. Namun, Tuhan mengajar Yunus dengan menggunakan satu tumbuhan kecil. Pengalaman Yunus menunjukkan kasih dan belas kasihan Tuhan.

MY CART
You have no items in your shopping cart.