Buku ini menceritakan hal-hal yang berlaku pada waktu Yesus dilahirkan. Orang Yahudi percaya bahawa Tuhan akan mengutus “Mesias” ke dunia. Mesias itu akan menyelamatkan orang Yahudi daripada penindasan. Perkataan “Mesias” bererti “Dia yang dipilih oleh Tuhan,” atau “Dia yang diurapi.” Walaupun Yesus tidak kelihatan berasal daripada Tuhan, seperti yang diharapkan oleh semua orang, namun banyak orang percaya bahawa Dialah Mesias.
Maria dan Yusuf pergi ke Betlehem kerana orang Roma yang memerintah negara mereka menyuruh mereka balik ke kota asal. Orang Roma merancang untuk mendaftarkan nama setiap orang dan mewajibkan mereka membayar cukai.
Emas ialah logam yang berharga. Kadang-kadang ia diberi kepada raja-raja sebagai hadiah. Kemenyan dibakar oleh imam-imam di dalam Rumah Tuhan. Mur disapukan pada tubuh orang setelah mereka meninggal. Hadiah-hadiah ini diberi kepada Yesus untuk menunjukkan bahawa Dia raja, Dia dihormati oleh Tuhan dan Dia akan mati.