Alkitab menyatakan bahawa Yesus selalumemberitahu para pengikut-Nya bahawa Diaakan mati lalu bangkit daripada kematian. Para pengikut Yesus tidak faham erti kata-kata-Nya.Mereka tidak dapat percaya hal itu benar-benar akan berlaku kepada Yesus.

Tiga hari selepas Yesus disalib, Dia hidup lagi seperti yang dikatakan-Nya. Hal ini benar-benar berlaku.

Imam Agung yang telah menyuruh pengawalpengawal untuk menjaga kubur Yesus, cuba membuktikan bahawa Yesus tidak hidup. Imam Agung memberikan wang kepada pengawalpengawal itu supaya mereka tidak memberitahu orang lain hal yang terjadi. Banyak orang telah melihat Yesus hidup semula.

Akhirnya, pengikut-pengikut Yesus memahami erti kata-kata Yesus. Mereka tahu Dia hidup. Kebangkitan Yesus menunjukkan kepada kita bahawa Dia betul-betul Anak Tuhan.