Yesus mempunyai 12 orang kawan istimewa yangmenjadi pengikut-Nya. Mereka mengikuti Dia kemana sahaja Dia pergi untuk menyampaikan Berita Baik.Yesus menggunakan cara ini untuk mengajar dan melatihmereka supaya mereka boleh mengajar orang lain. Dalam kalangan 12 pengikut itu, ada seorang bernama Yudas.Dia tahu bahawa Imam Agung (1) sangat cemburu dengan kuasa Yesus. Oleh itu, Yudas yang tamak itu menerima 30 keping wang perak daripada Imam Agung. Yudas pula bersetuju untuk berbuat jahat terhadap Yesus.

Yesus tinggal di negara yang diperintah oleh orang Roma. Jika orang tidak taat pada undang-undang Roma, mereka boleh dihukum mati. Mereka biasanya dipakukan pada kayu salib, dan dibiarkan mati. Ini dipanggil “penyaliban.” Orang Roma menyalibkan banyak orang. Gabenor Roma memastikan supaya undang-undang ditaati. Pada zaman Yesus, Gabenor Roma di sana bernama Pilatus. Dia boleh memutuskan sama ada Yesus mati atau tidak. Orang disalib di luar kota Yerusalem, di tempat yang dipanggil “Golgota” (2).

Nota:
(1) Imam Agung: ketua imam; dia seorang pemimpin agama yang berkuasa, tetapi dia tiada kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas Yesus.
(2) Golgota: nama tempat; dalam bahasa Aramia, perkataan ini bererti “tengkorak.”

MY CART
You have no items in your shopping cart.