Selepas kebangkitan Yesus daripada kematian, para pengikut-Nya menjadi berani dan mengkhabarkan Berita Baik tentang penyelamatan Tuhan. Mereka memberitahu semua orang bahawa kebangkitan membuktikan bahawa Yesus ialah Penyelamat sebenar yang dihantar oleh Tuhan. Ramai pemimpin Yahudi marah dengan apa yang dikatakan oleh orang Kristian, serta cuba melarang mereka berkata-kata lagi. Namun, orang Kristian terus mengkhabarkan Berita Baik. Mereka membawa berita ini ke negera-negara lain. Gereja pun mula berkembang ke negara lain dari Yerusalem.

Saulus ialah orang Yahudi yang berdedikasi dan tinggal di Yerusalem. Dia menentang semua yang dilakukan oleh orang Kristian. Dia mendapat kebenaran daripada pemimpin Yahudi untuk pergi ke Damsyik dan menangkap orang Kristian. Semasa dia dalam perjalanan ke Damsyik, Yesus menampakkan diri kepadanya. Oleh itu, hidup Saulus berubah sepenuhnya dan dia menjadi pengikut Yesus. Kemudian namanya ditukar menjadi Paulus. Lalu dia pergi ke banyak tempat dengan orang Kristian lain untuk berkongsi Berita Baik kepada orang lain. Nyawa Paulus selalu dalam bahaya ketika dia pergi ke seluruh Empayar Roma untuk berkongsi kasih Yesus.