Pada zaman Yesus, bumbung rumah di Palestin biasanya rata. Bumbung itu diperbuat daripada jubin atau batu-bata lumpur, yang dicampur dengan ranting-ranting pokok atau rumput. Di luar rumah ada tangga yang naik ke bumbung rumah.
Cerita ini memberitahu kita bahawa ada empat orang kawan yang cuba masuk ke sebuah rumah dan membawa seorang lelaki yang lumpuh kepada Yesus. Namun mereka tidak dapat masuk kerana ada terlalu ramai orang. Bagaimanapun, mereka tidak menyerah kalah. Mereka berusaha untuk mengatasi masalah ini. Jadi mereka naik ke bumbung rumah dan membuka sebahagian bumbung itu. Mereka bekerjasama untuk menurunkan orang lumpuh itu dengan tikarnya di hadapan Yesus. Yesus menyembuhkan lelaki lumpuh itu kerana mereka percaya. Kawan-kawan ini yang penuh kasih, beriman, bekerjasama dan bersungguh-sungguh menjadi teladan yang patut kita contohi.
Yesus tahu bahawa orang Farisi dan guru Taurat sedang tertanya-tanya dalam hati mereka tentang kuasa Yesus yang mengampunkan dosa. Dia bertanya kepada mereka, “Manakah yang lebih mudah, mengatakan, ‘Dosamu sudah diampunkan’ atau ‘Bangunlah dan berjalan’?”
Orang mungkin berfikir bahawa adalah lebih mudah untuk memberitahu orang lumpuh itu bahawa dosanya telah diampunkan, kerana tiada sesiapa boleh membuktikan bahawa dosa orang lumpuh ini telah diampunkan.
Lagipun, bukan mudah untuk memberitahu orang lumpuh itu bangun dan berjalan, kerana buktinya dapat dilihat. Jika orang lumpuh boleh bangun dan berjalan, ini adalah satu mukjizat. Jika orang lumpuh itu tidak dapat bangun dan berjalan, maka apa yang dikatakan itu tidak benar. Oleh sebab Yesus menyembuhkan orang lumpuh itu dan menyuruh dia berjalan, kita boleh melihat bahawa Yesus berkuasa melakukan mukjizat dan mengampunkan dosa. Hasilnya, ramai orang berasa kagum dan berterima kasih kepada Tuhan.
MY CART
You have no items in your shopping cart.