Bartimeus ialah orang buta. Dia tidak dapat bekerja, jadi dia terpaksa menjadi pengemis di jalan. Walaupun dia buta, tetapi dia dapat mendengar dengan baik. Apabila dia mendengar bunyi langkah ramai orang, dengan segera dia bertanya apa yang sedang berlaku. Apabila dia mendengar Yesus yang sedang lalu di situ, dia tahu dia harus merebut peluang yang baik ini. Dia berseru, “Yesus, Anak Daud, kasihanilah saya!” Biasanya orang Yahudi memanggil Mesias (ertinya Penyelamat) sebagai “Anak Daud.” Dengan memanggil Yesus sebagai “Anak Daud,” Bartimeus menunjukkan bahawa Yesus ialah Mesias dan dia percaya kepada-Nya.
Walaupun orang di sekelilingnya cuba menyuruh dia diam, tetapi Bartimeus tidak mahu. Sebaliknya dia menjerit dengan lebih kuat. Apabila Yesus memanggil dia, dengan cepat-cepat dia melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus. Biasanya seorang buta tidak akan melempar barangnya, kerana dia tidak mungkin menemui benda itu lagi. Bagaimanapun, Bartimeus sangat gembira sehingga dia melempar bajunya. Segala yang dilakukannya menunjukkan bahawa dia betul-betul mahu disembuhkan dan dia orang yang setia. Akhirnya, dia disembuhkan Yesus kerana dia percaya.