Yairus ialah seorang ketua agama tempatan. Dia bukan sahaja menjaga Rumah Tuhan, dia juga mengurus kebaktian. Oleh itu dia berpangkat tinggi. Bagaimanapun, dia pergi mencari Yesus dengan rendah hati, serta bersujud di hadapan kaki Yesus dan meminta Dia menyembuhkan anaknya. Ini menunjukkan Yairus seorang yang ikhlas dan sangat yakin akan kuasa penyembuhan Yesus.

Dalam perjalanan pulang, Yairus mendengar berita sedih bahawa anak perempuannya sudah mati. Bayangkan betapa sedihnya Yairus. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Berita sedih ini membuat Yairus berfikir bahawa semuanya sudah terlambat bagi anaknya. Segala harapan Yairus telah hilang. Ada orang yang berkata bahawa Yairus tidak patut menyusahkan Yesus lagi. Ketika itu, kepercayaan Yairus kepada Tuhan sedang diuji.

Bagaimanapun, Yesus tetap berkuasa. Dia memahami perasaan Yairus., Dia segera menghibur Yairus dengan berkata, “Jangan takut. Percayalah sahaja.” Kata-kata Yesus yang menghibur membawa harapan baru ke dalam hati Yairus dan menguatkan kepercayaannya kepada Tuhan.

Menurut adat resam orang Yahudi, keluarga orang yang mati akan mengupah orang untuk meratap dan menangis serta membuat bising, untuk menunjukkan kesedihan mereka. Jadi apabila Yesus tiba di rumah Yairus, Dia melihat ramai orang sedang menangis dan membuat bising. Maka dia membawa Yairus, isterinya dan tiga orang pengikut ke dalam bilik anak itu. Dengan kuasa Yesus yang hebat, Dia memanggil anak perempuan itu bangun. Dia juga menyuruh orang memberikan makanan kepadanya.

Yesus menunjukkan kasih dan belas kasihan-Nya yang agung. Dia juga menunjukkan kuasa-Nya untuk menghidupkan orang mati dan memberi harapan serta pertolongan kepada orang yang percaya kepada-Nya.

MY CART
You have no items in your shopping cart.