Cerita “Orang Samaria Yang Baik Hati” diceritakan oleh Yesus kepada beberapa orang pemimpin agama. Beberapa antara mereka itu munafik, kerana mereka berfikir mereka mengenal Tuhan tetapi mereka tidak mengikut ajaran-Nya. Mereka berpendapat Tuhan masih suka dengan mereka. Mereka tidak suka dengan orang Samaria. Cerita “Orang Samaria yang Baik Hati” memberitahu kita bahawa orang yang dikasihi Tuhan ialah orang yang menolong orang lain.

Samaria ialah kawasan di antara Yudea dan Galilea. Orang Yahudi yang tinggal di kawasan ini telah berkahwin dengan orang bangsa asing. Kerana itu, orang Yahudi yang lain menganggap mereka bukan bangsa Yahudi tulen dan tidak suka akan mereka. Dua golongan orang itu tidak mahu tinggal bersama-sama.

Golongan imam dan orang Lewi ialah bangsa Yahudi. Mereka dipilih khas untuk bertugas di dalam Rumah Tuhan. Mereka telah belajar semua peraturan Tuhan dan mentaati dengan teliti setiap peraturan itu. Kebanyakan mereka tahu bahawa mereka harus menolong orang lain, tetapi imam-imam itu berbeza. Peraturan menyatakan bahawa orang akan menjadi “kotor” jika dia menyentuh mayat. Jika imam itu “kotor”, dia berfikir bahawa Tuhan tidak akan suka padanya lagi. Golongan imam lebih memikirkan tentang peraturan daripada menolong orang.

Yesus menyampaikan cerita ini untuk memperingatkan kita bahawa orang sesama yang baik ialah orang yang rela menolong orang lain.

MY CART
You have no items in your shopping cart.